Wednesday, September 17, 2014

Cara mengajar rekoder di sekolah rendah

Guru-guru perlu serba boleh. Apabila dapat jadual, jangan mengeluh,"saya tak pandai ajar subjek ni" atau "saya tak pernah ajar subjek ni" atau "saya tak reti lah". Banyak cara kita boleh buat demi menjalankan pdp dan menambahkan pengetahuan murid-murid kita. Teknologi kan di hujung jari?

Saya lah salah seorang guru yang mengajar subjek yang asing bagi saya iaitu muzik. Pengetahuan muzik saya setakat apa yang saya pernah belajar sewaktu sekolah rendah dan menengah dulu. Oleh itu, saya faham perasaan guru yang tak pandai tiup rekoder tapi kena ajar rekoder.

Jadi, di sini saya tunjukkan caranya. 

Pertama, cikgu tunjukkan gambar rekoder dan juga rekoder yang sebenar. Jangan ingat semua murid sudah pernah belajar pada tahun lepas. Walaupun dah pernah belajar, beritahu mereka yang mereka perlu kenal semula, takut ada yang dah lupa. Lagipun, masa cikgu tunjukkan gambar rekoder dan juga rekoder yang sebenar tu, umpama set induksi yang tarik perhatian murid-murid kepada cikgu.

Haaaa, tengok ni, cantik kan? Tiba-tiba cikgu tunjukkan rekoder cikgu yang colour plain tu, mesti murid-murid pun ketawa.


Kedua, cikgu terangkan bahagian-bahagian rekoder, suruh mereka sebut satu persatu. Rujuk gambar di bawah ni.

Cikgu boleh print dan fotostat bagi semua murid atau cikgu print satu, besarkan dan tunjuk di papan putih atau cikgu tunjuk di skrin pakai projektor sekolah atau apa-apa cara yang cikgu fikirkan senang.

Ketiga, cikgu ajar penjarian rekoder. Yang penting, murid perlu tahu nombor jari masing-masing, dan di mana perlu diletakkan di rekoder tersebut. Rujuk gambar di bawah ni. Saya suruh murid tekap gambar tangan masing-masing dan tulis nombor. Satu muka surat satu tangan. Cukup dua tangan.

Ulang nombor-nombor pada jari dengan menyuruh murid menyebut nombor tersebut sambil tunjukkan jari.

Sekian post kali ini. Saya harap post ini berguna kepada cikgu.Nantikan sambungannya.

P/s: Saya cikgu sains.


No comments:

Post a Comment